Hargailah.Mase.Anda

folio:sjrh pengetua

Wednesday, June 16, 2010

tadi aq bkk fb sume dok tye aq sal pgetue...so ni aq bagi pasni jgn tye lagi ok!!!pndi2 la copy paste


Tuan Hj. Zakaria b.Abdul Shukor (1994-1995)
Pengetua SMKPJ yang pertama. Beliau dilahirkan pada 24.5.1952. Beliau berkelulusan ijazah Sastera Kepujian. Sebelum ditukarkan ke SMKPJ, Beliau pernah berkhidmat di SMK Pasir Gudang Satu sebagai pengetua di sekolah berkenaan.Kemudian beliau ditukarkan ke SMKPJ pada 1.12.1994.
Perkhidmatan beliau di Permas Jaya hanya lebh kurang 10 bulan sahaja.Ini adalah kerana beliau telah ditukarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Johor sebagai Ketua Sektor Pengurusan Sekolah pada 16.11.1995.

Pn.Hajah Siti Hasnah binti Hamin (1995-1996)

Pn Hajah Siti Hasnah binti Hamim mula menjawat jawatan Pengetua bagi menggantikan En.Zakaria mulai 16.11.1995. Beliau adalah pengetua yang ke 2 bagi SMK Permas Jaya.
Beliau telah dilahirkan pada 31.1.1950 di Parit Jawa Muar. Sebelum bertugas sebagai pengetua di SMK Permas Jaya, beliau merupakan Penolong Kanan 1 di SMK Sri Rahmat dari tahun 1993 hingga 1996. Beliau juga pernah bertugas sebagai Penyelia Petang di SMK Tasek Utara, Johor mulai tahun 1988 hingga 1993.
Perkhidmatan beliau sebagai Pengetua di SMK Permas Jaya tidak lama iaitu sehingga 1.8.1996. Kemudian beliau ditukarkan ke SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai.
Harapan beliau semasa berada di sekolah ini adalah ingin melihat peningkatan dari segi pencapaian pelajar-pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum di samping mengindahkan dan menceriakan kawasan sekolah ini.Semoga suasana indah dan damai dapat memberangsangkan motivatisi diri kepada pelajar.

PENGETUA KE TIGA - Tuan Hj.Md Satibi bin Ahmad Jazuli (1996-1999)

Sepeninggalan Pn.Hajah Hasnah ke SMK Abdul Rahman Putra Kulai, Tuan Haji Md. Satibi telah mengambil alih tugas sebagai pengetua di SMKPJ yang ke- 3.Beliau dilahirkan pada 19.2.1947 di Pontian Johor.
Beliau berkelulusan B.A (Hons) dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 1981 dan juga memiliki sijil Pengurusan di Maktab Gaya Kota Kinabalu pada tahun 1970.Beliau berpengalaman dalam pengajaran bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu.Pada 5.1.1970 beliau mula bertugas sebagai guru di sekolah St.Agnes Kota Kinabalau sehingga 31.12.1976. Kemudian beliau bertukar ke Sek.Aminuddin Baki Johor Bahru pada 2.1.1977 sehingga 31.5.1981. Pengalaman beliau bertambah lagi apabila beliau ditukarkan pula ke Maktab Sultan Abu Bakar pada1.6.1981 hingga31.3.1988.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Jabatan Pendidikan Johor dari 1.4.1988 hingga 15.11.1991. Kemudian beliau berkhidmat pula di Jabatan Penuntut Malaysia, Washington, USA pada 16.11.1991. hingga 15.11.1994.Setelah kembali ke tanah air , beliau kemudiannya berkhidmat kembali di Maktab Sultan Abu Bakar tetapi sebagai Penolong Kanan pada 16.11.1994. hingga 31.8.1996.
Setelah itu, beliau bertugas di SMKPJ sebagai Pengetua pada 1.9.1996 hingga 31.12.1999. Kini beliau telah bersara.

PENGETUA KE EMPAT - En.Lim Kim Hok (2000)
Sekali lagi SMKPJ berganti pengetua yang baru.En. Lim Kim Hok bertugas di SMKPJ sebagai pengetua pada tahun 2000.Beliau dilahirkan pada 25.04.1948 di Segamat, Johor.
Beliau telah ditukarkan dari SMK Dato’ Pengawa Timur, Masai sebagai Ketua Bidang Teknik Vokasional, ke SMKPJ pada 01.01.2000. Sebelum itu beliau pernah berkhidmat di SMK St.Joseph Johor Bahru pada 17.01.1977 sehingga 15.01.1992.
Namun khidmat beliau sebagai pengetua di SMKPJ,hanya untuk jangkamasa yang singkat iaitu selama 5 bulan sahaja.Ini adalah kerana beliau ditukarkan ke SMK Pasir Gudang Dua pada 01.07.2000.


PENGETUA KE LIMA - En.Lim.Eng Wah
SMKPJ hampir mencapai usia ke 9 tahun.kepimpinan terussilih berganti.Pada tahun 2000 SMKPJ diketuai oleh En.Lim Eng Wah sebagai pengetua ke 5 yang berkhidmat di sekolah ini
Beliau dilahirkan pada tahun 1948 di Pontian, Johor.Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains(Hons) dari Universiti Malaya dan mengikuti program Diploma Pendidikan. Beliau mula berkhidmat pada tahun 1974 di Maktab Sultan Abu Bakarsehingga tahun1991 iaitu lebih kurang 17 tahun.
Seterusnya, beliau mula menjawat jawatan sebagai Penyelia Petang di Sek. Men. Aminuddin Baki dari tahun 1992 hingga 1999. Pada pertengahan tahun 1999 sehingga Julai 2000, beliau bertugas di Sek. Men. Keb. Taman Tun Aminah sebagai penolong kanan.
Kemudian beliau ditukarkan ke Sek.Men.Keb.Permas Jaya (SMKPJ) Pada 16 Julai 2000 sebagai pengetua di sekolah ini.Tahniah diucapkan kerana menjadi sebahagian daripada warga Permas Jaya.
Sepanjang empat tahun beliau di sekolah ini, banyak perubahan dan pencapaian telah berjaya dilaksanakan. Malahan beliau sendiri telah menerima Anugerah Kepimpinan Aktif pada tahun 2001 dan Kepimpinan Cemerlang pada tahun 2004.Anugerah ini begitu membanggakan warga SMKPJ.
Selain itu pada tahun 2002, SMKPJ mencapai sekolah gred A, Smart Kantin ditubuhkan dan SPBT sekolah mendapat Johan dalam pertandingan bilik SPBT diperingkat daerah Johor Bahru dan sagu hati di peringkat negeri.
Dalam bidang akademik, peningkatan pelajar SPM yang lulusbegitu membanggakan.Peningkatan SPM dari 76.4%(2000) meningkat kepada 86.4%(2003).Keputusan yang cukup membanggakan selaras dengan kejayaan ini, SMKPJ mendapat Naib Johan bagi Sekolah Harapan Negara di peringkat negeri Johor dan Johan di peringkat daerah Johor Bahru pada tahun 2004.
Selain itu di bawah kepimpinan beliau pada tahun 2001, Kelas Aliran Agama (KAA) diwujudkan.Manakala tingkatan enam pula pada tahun 2003 dan pada tahun 2004 Kelas Rancangan Khas (RK) telah diperkenalkan.
Kemudahan pembelajaran juga telah diwujudkan seperti Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ),Makmal Bahasa, Bilik SPBT dan Bilik Sukan dipertingkatkan, Pengkomputeran Tingkatan Enam, Galeri Sejarah, Makmal IT , Bilik Kesihatan dan Perletakan Batu Asas Surau telah dirasmikan pada 29 Mei 2004.
Perubahan dan pencapaian yang dilaksanakan dan diperolehi ini, merupakan kenangan dan harapan yang dapat dikongsi bersama semua warga SMKPJ.En. Lim Eng Wah bersara pada 4 Oktober 2004. Semoga kehidupan beliau akan lebih bermakna lagi bersama keluarga dan disamping kenangan yang beliau ciptakan sepanjang beliau berada di sekolah ini.

so..yg lg 2 rsenye korunk ade arn.

0 comments:

Post a Comment